Friday, 27 May 2016
Umur Bukan Penghalang
Ketika kita dikumpulkan bersama dengan bermilion orang di akhirat kelak...aaya merasa sangat takut.
Belum siap diri ini untuk menghadapMu ya Allah.
Diri ini masih diliputi dengan dosa,
Masih selalu berbuat dosa.Sangat takut ketika di akhirat nanti berpisah dengan keluarga.
Sangat takut jika diri ini menjadi asbab orang tua disiksa.Diri ini masih sering lalai dalam menjalankan perintahMu.
Redhailah kami yang berlumuran dosa ,
Ampuni dosa-dosa kami,....dosa orang tua kami,....dosa keluarga kami,dosa orang-orang mukmin..
Ringankalah hisab kami semua di akhirat, jadikanlah keturunan-keturunan kami sebagai ahlul Qur’an,
Kumpulkan kami semua di syurgamu...,
Terimalah solat kami,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasehati dalam kebenaran, dan saling menasehati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)
Friday, 20 May 2016
Maulidur Rasul
Pada 2 Januari 2016, bersamaan dengan 21 Rabiulawal 1437, Surau Darul Salam telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Program ini diadakan selepas solat isyak. Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan anda semua..semoga Allah sentiasa merahmati kita semua...
Sajak:
Hembusan angin menenangkan jiwa..
Melahirkan rasa sayang dan cinta..
Pastinya buat kekasih yang tercinta..
Yang menjadi idaman para wanita..
Kekasihku ini seorang yang mulia..
Sentiasa tersenyum mendamaikan mata..
Namanya langsung tidak asing..
Sewaktu kelahirannya, dia tidak pernah diasing..
Sentiasa menjadi bualan penduduk setempat..
Tentang budinya yang penuh rahmat..
Dia Rasulullah..
Yang ketika wafatnya, seluruh ummat menangisi..
Yang ketika hayatnya, seluruh ummat aman sentosa..
Yang ketika lahirnya sentiasa dipenuhi sinar Iman..
Namun, kini kewujudannya seolah dilupa..
Oh kasih..
Alangkah bahagianya mereka yang dapat bertemu denganmu..
Alangkah bahagianya mereka yang sentiasa ada waktu bersamamu..
Alangkah untungnya mereka yang melihat senyummu..
Dia Rasulullah..
Pemimpin Ummat Islam yang terakhir..
Pemimpin agung tiada tolok bandingnya..
Pemimpin yang sentiasa dilimpahi berkah..
Dari Allah dan kasih sayang sahabat-sahabatnya..
Kerana Dia Rasulullah...

Friday, 29 January 2016
Marilah Kita Mengimarahkan Masjid
Assalamualaikum..
Saban tahun, ahli kariah kita bertukar ganti. Bagi yang uzur, kami lambaikan salam dan menziarahi. Bagi yang baru berjinak dengan jemaah, kami sambut dengan salam tanda ukhwah. Ini resam hidup berjemaah. Yang tua kita hormati, yang muda kita rai.
Namun, tidak semua mahu hidup berjemaah. Ada yang lebih selesa sembahyang sendirian di rumah dan ada juga yang menganggap masjid sebagai tempat 'orang pencen' sahaja. Bagi memupuk sayang pada masjid memerlukan masa. Surau Darul Salam berharap melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan, aktiviti sepanjang Ramadhan dan aktiviti-aktiviti lain, masyarakat berubah melihat masjid sebagai tempat bagi mereka berukhwah disamping menimba ilmu dalam memperbaiki diri.
Pihak Ahli Jawatankuasa masjid membuka pintu untuk sebarang maklumbalas penambaikan. Semoga amalan kita di dunia meluaskan pintu kita ke syurga. Semoga Allah menerima segala kebaikan dan keikhlasan yang kita lakukakn pada hari ini.
Sunday, 10 January 2016
Sambutan Maulidur Rasul
Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia. Alhamdulillah dengan izinNya, Surau Darul Salam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul pada 26 Disember 2015 dan 2 Januari 2016 yang lepas. Mari kite sama-sama menghayati sejenak erti pengertian maulidur rasul, Rasul junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
PENGERTIAN MAULID NABI :
Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua..

Dari segi istilah ‘Maulid nabi” ialah : Waktu lahirnya nabi. Maka dari sinilah munculnya istilah-istilah baru seperti : Ihtifal Maulid nabi, Haflah Maulid nabi, Ihtifal Li zikri Maulid nabi ( Perayanan memperingati Maulid nabi) , dan sebagainya yang mana kata dasarnya berkembang dari “ Maulid ” iaitu waktu lahir.
Secara keseluruhan adalah sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir nabi. Jikalau kita faham istilah ini tidak jadi masalah iaitu ; “Waktu lahirnya nabi” serta sirah nabi.
Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam .
Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam .
DALIL AL-QURAN :
Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut –menyebutkan (atau menceritakan ).” -surah Duha ayat 11:
Keterangan:
Di dalam ayat ini sangat jelas Allah mengalakan kita supaya menyebut atau menceritakan nikmatnya , maka siapakah nikmat yang paling agung di sini? Maka tidak lain tidak bukan adalah Nabi kita Muhammad SAW.
Caranya bagaimana? Iaitu dengan menceritakan atau membaca sirah nabawi dari mula baginda lahir sehinggalah di bangkitkan atau sehinggalah wafat.
b. Allah berfirman: “Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia di lahirkan dan pada hari ia di meninggal dan pada hari ia di bangkitkan hidup kembali” –Surah Maryam 15 –

Allah memberikan kesejahteran dan selamat pada hari maulid nabi Isa. Jikalau Allah memberikan kesejahteran di atas kelahiran nabi Isa , apatah lagi Nabi kita yang paling agung, yang di lahirkan untuk kita menyambutnya.Allah berfirman “Dan kesejahteran semoga di limpahkan kepadaku, pada hari aku di lahirkankanpada hari aku meninggal dan pada hari aku di bangkitkan hidup kembali” -surah Maryam 33-
Keterangan:
Di sini Nabi Isa berkata : “Kesejahteraan di limpahkan kepada ku pada hari aku di lahirkan “ Dalil ini juga menunjukkan nabi Isa juga menerima anugerah yang sama pada hari ia di lahirkan yang di sebut “Maulid nabi”

SIAPAKAH YANG MULA-MULA MENYAMBUT MAULID NABI ?
Jawapanya : Adalah nabi kita Muhammad SAW. Nabi kita yang mula-mula sekali menyambut ihtifal maulid nabi berdasarkan hadis nabi di dalam Syarah Sahih Muslim jilid 4 juz 8 hal; 51 :
“Bahawasanya Rasulullah di tanya tentang puasanya pada hari Isnin , Rasulullah s.a.w. menjawab : Di hari inilah aku di lahirkan dan hari inilah aku di bangkitkan atau di hari di mana al-quran di turunkan kepada ku”
Keterangan :
Jadi di sini jelas nabilah yang mula menyambut hari lahirnya dengan berpuasa setahun sekali , sebab nabi berkata : “Hari ini adalah hari lahir ku” , dan kita telah tahu bahawa hari lahir adalah sekali sahaja .
Maka dengan berpuasa menunjukkan syukur di atas nikmatNYA di hari lahirnya. Jadi apakah tujuan berpuasa itu ? Tidak lain tidak bukan adalah mensyukuri nikmatNYA.
Maka dengan berpuasa menunjukkan syukur di atas nikmatNYA di hari lahirnya. Jadi apakah tujuan berpuasa itu ? Tidak lain tidak bukan adalah mensyukuri nikmatNYA.
Begitu juga di dalam Sunan Abi Daud juz 2 ; Darul Jil hal 337 dan Sunan Ibnu Majah juz 1 darul kutub ilmiyah hal; 553 juga meriwayatkan hadis ini .
Begitu juga ketika nabi hendak di Israkkan, maka nabi singgah di Baitul Maqdis ( sekarang ni Palestin ) lalu malaikat Jibril berkata adakah Tuan tahu tempat ini : Maka nabi menjawab tidak .
Lalu jibril berkata: “Inilah “Baitul laham” , tempat nabi Isa di lahirkan , kemudian nabi pun bersolat di situ.”
Lalu jibril berkata: “Inilah “Baitul laham” , tempat nabi Isa di lahirkan , kemudian nabi pun bersolat di situ.”
Jadi nabi bersolat di Baitul laham kerana merasa syukur iaitu tempat lahir nabi Isa, yang merupakan satu tempat yang mulia. Nabi menyambutnya dengan bersolat di situ . Dan banyak lagi dalil di dalam kitab.
Begitu juga kisah jariah menyambut perayanya dan para saidina umar (jikalau tidak silap) menegahnya. Lalu nabi berkata : “Jangan , biarkan ia menyambutnya.”
Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua..
Thursday, 17 December 2015
Jemaah Tabligh
Assalamualaikum wbt...
Jemaah Tabligh dari Markas Besut tangguhkan aktiviti di Sirau Darul Salam pada pagi ini..
Mereka akan berhijrah ke Masjid Tualang Rendah. Semoga misi keagamaan berjalan lancar dengan izin Allah, dan semoga meninggalkan rahmat Allah buat Taman Darul Salam.

Tazkirah Kuliah Maghrib
Tazkirah
Kuliah Maghrib
Apa salahnya jika kita sama2 mengambil bahagian dalam Majlis Ilmu mcm ni yang banyak di adakan di mana2 sahaja rumah Allah Taala.
memenuhi ruang masa di antara Maghrib dan Isyak. Besar ganjarannya nanti.

Monday, 14 December 2015
Kunjungan Dakwah
Alhamdulillah
Kami di kunjungi oleh Jemaah Tabligh 40 hari daripada Markaz Besut.
Insya Allah mereka akan berada di Masjid Darul Salam mulai 18-20 Des 2015.
Di harapkan kepada ahli2 jemaah Masjid dan masyarakat sekitar dapat bersama2 meluangkan masa
Bersama dalam aktiviti jemaah tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Sambutan Maulidur Rasul 2024
22 Okto 2023 telah diadakan bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...
-
Perkembangan terkini pembinaan Surau Darul Salam, Taman Darul Salam, Pasir Puteh Kelantan. Terima kasih k...
-
Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan. KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkat...
-
Assalamualaikum Sekitar pemandangan di halaman masjid, diceriakan dengan bunga-bungaan yang cantik.