Friday, 29 January 2016

Marilah Kita Mengimarahkan Masjid

Assalamualaikum..

Saban tahun, ahli kariah kita bertukar ganti. Bagi yang uzur, kami lambaikan salam dan menziarahi. Bagi yang baru berjinak dengan jemaah, kami sambut dengan salam tanda ukhwah. Ini resam hidup berjemaah. Yang tua kita hormati, yang muda kita rai. 

Namun, tidak semua mahu hidup berjemaah. Ada yang lebih selesa sembahyang sendirian di rumah dan ada juga yang menganggap masjid sebagai tempat 'orang pencen' sahaja. Bagi memupuk sayang pada masjid memerlukan masa. Surau Darul Salam berharap melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan, aktiviti sepanjang Ramadhan dan aktiviti-aktiviti lain, masyarakat berubah melihat masjid sebagai tempat bagi mereka berukhwah disamping menimba ilmu dalam memperbaiki diri.

Pihak Ahli Jawatankuasa masjid membuka pintu untuk sebarang maklumbalas penambaikan. Semoga amalan kita di dunia meluaskan pintu kita ke syurga. Semoga Allah menerima segala kebaikan dan keikhlasan yang kita lakukakn pada hari ini.



Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...