Tuesday, 1 July 2014

Kebenaran Mengutip Derma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pihak Surau Darul Salam telah mendapat kebenaran bagi melanjutkan tempoh mengutip derma ikhlas daripada anda semua...semoga bantuan anda dapat membantu mempercepatkan proses untuk menyempurnakan pembinaan surau ini...


Friday, 20 June 2014

Kutipan Derma Dilanjutkan

Assalamualaikum..

Proses kutipan derma / sumbangan / wakaf telah dilanjutkan. Kebenaran memungut dan menerima wang khairat utk Surau Darul Salam dari 14 May 2014 sehingga 13 May 2015..

No lesen baru : MAIK.D231/105/2013-7
Bil Kebenaran : 07-2013

Senarai wakil utk menerima khairat tersebut seperti di bawah:







Terima kasih =)

Friday, 16 May 2014

Pemasangan Gril Surau


Berkat hari Jumaat yang mulia..proses pemsangan gril surau bermula..



Semoga kerja untuk menyiapkan Surau Darul Salam mendapat keredhaan Allah..
Amin =)


Friday, 9 May 2014

Proses Pemasangan Pagar Surau Diteruskan

Assalamualaikum..

Mudahan bantuan anda semua mendapat keberkatan dari Allah SWT. Syukur dengan izin Allah SWT, kerja-kerja pemasangan pagar surau sedang giat dijalankan. Pihak Surau Darul Salam mengalu-alukan sumbangan, derma, wakaf dan zakat untuk tujuan ini.Sokongan anda semua amat diperlukan.

Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah sentiasa..Semoga Allah membantu kita semua disepanjang perjalanan kembara hidup yang penuh liku ini.

Kpd semua penderma, doa kami kpd Tuan/Puan :

"Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik terhadap apa yg disumbangkan & sumbangan itu juga menjadi pembersih/penyuci/penggubat buat Tuan/Puan sekeluarga & semoga diberkati harta benda yang masih disimpan agar boleh terus memberi, memberi & memberi, Amiiin.."



..Pertolongan Allah Tepat Pada Waktunya..

Wednesday, 23 April 2014

Pagar Hadapan Surau

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan kasih sayangNya..

Hari ini, 23 April 2014..proses pemasangan pagar di hadapan Surau Darul Salam telah bermula. Usaha untuk menyiapkan surau semakin berhasil dengan sokongan anda semua. Teruskan membantu dan menyumbang untuk menyiapkan kerja pembinaan ini.






Telah disebutkan oleh Al-‘Allamah Nuruddin Ali Al-Ajhuri di dalam kitab beliau Fadhl Insya’ Al-Masajid wa Imaratiha hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Bahawa masjid-masjid dunia itu akan dibawa ke dalam syurga, pengelola-pengelola dan penjaga-penjaga masjid-masjid, bilal-bilalnya dan imam-imamnya berarak menarik masjid-masjid itu dan ahli jemaah masjid-masjid itu mengiringkan perarakan itu. Orang masa itu bertanya: “Siapa itu? Malaikat-malaikat atau nabi-nabikah?: Kemudian diberi tahu bahawa itu bukanlah malaikat-malaikat dan bukan juga nabi-nabi, hanya pengusaha-pengusaha masjid-masjid dan orang-orang yang sembahyang di dalam masjid itu”.

Sekian...terima kasih.

Tuesday, 8 April 2014

Pemasangan Tingkap dan Pagar Surau

Assalamualaikum..

Proses pembinaan diteruskan lagi dengan kejayaan memasang tingkap dan pagar surau pada 3 April yang lepas. Semoga proses untuk menyiapkan Surau Darul Salam mendapat pertolongan dariNya..

Allaahumma laa sahla illaa maa ja'aitahu sahlaaa wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlaa

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan"





Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...