Wednesday, 23 April 2014

Pagar Hadapan Surau

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan kasih sayangNya..

Hari ini, 23 April 2014..proses pemasangan pagar di hadapan Surau Darul Salam telah bermula. Usaha untuk menyiapkan surau semakin berhasil dengan sokongan anda semua. Teruskan membantu dan menyumbang untuk menyiapkan kerja pembinaan ini.






Telah disebutkan oleh Al-‘Allamah Nuruddin Ali Al-Ajhuri di dalam kitab beliau Fadhl Insya’ Al-Masajid wa Imaratiha hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Bahawa masjid-masjid dunia itu akan dibawa ke dalam syurga, pengelola-pengelola dan penjaga-penjaga masjid-masjid, bilal-bilalnya dan imam-imamnya berarak menarik masjid-masjid itu dan ahli jemaah masjid-masjid itu mengiringkan perarakan itu. Orang masa itu bertanya: “Siapa itu? Malaikat-malaikat atau nabi-nabikah?: Kemudian diberi tahu bahawa itu bukanlah malaikat-malaikat dan bukan juga nabi-nabi, hanya pengusaha-pengusaha masjid-masjid dan orang-orang yang sembahyang di dalam masjid itu”.

Sekian...terima kasih.

Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...