Thursday, 27 April 2017

Ceramah Israk Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.


“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1) Sumber : Wikipedia

Alhamdulillah...Surau Darul Salam menganjurkan prgram sempena dengan peristiwa Israk Mikraj ini...Berikut merupakan gambar ceramah pada majlis sambutan lsrak Mikraj di Surau Darul Salam yang disampaikan oleh Ustaz Lah dari Pejabat Agama Islam Jeli.










Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...