Wednesday, 23 April 2014

Pagar Hadapan Surau

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan kasih sayangNya..

Hari ini, 23 April 2014..proses pemasangan pagar di hadapan Surau Darul Salam telah bermula. Usaha untuk menyiapkan surau semakin berhasil dengan sokongan anda semua. Teruskan membantu dan menyumbang untuk menyiapkan kerja pembinaan ini.






Telah disebutkan oleh Al-‘Allamah Nuruddin Ali Al-Ajhuri di dalam kitab beliau Fadhl Insya’ Al-Masajid wa Imaratiha hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Bahawa masjid-masjid dunia itu akan dibawa ke dalam syurga, pengelola-pengelola dan penjaga-penjaga masjid-masjid, bilal-bilalnya dan imam-imamnya berarak menarik masjid-masjid itu dan ahli jemaah masjid-masjid itu mengiringkan perarakan itu. Orang masa itu bertanya: “Siapa itu? Malaikat-malaikat atau nabi-nabikah?: Kemudian diberi tahu bahawa itu bukanlah malaikat-malaikat dan bukan juga nabi-nabi, hanya pengusaha-pengusaha masjid-masjid dan orang-orang yang sembahyang di dalam masjid itu”.

Sekian...terima kasih.

Tuesday, 8 April 2014

Pemasangan Tingkap dan Pagar Surau

Assalamualaikum..

Proses pembinaan diteruskan lagi dengan kejayaan memasang tingkap dan pagar surau pada 3 April yang lepas. Semoga proses untuk menyiapkan Surau Darul Salam mendapat pertolongan dariNya..

Allaahumma laa sahla illaa maa ja'aitahu sahlaaa wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlaa

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan"





Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...