Thursday, 25 August 2022

Baik Pulih Jalan

 Assalamualaikum.

Proses membaik pulih jalan tar di hadapan MMDS telah dilakukan pada 25 Ogos 2022. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran daripada Allah swt. 






Saturday, 6 August 2022

Pemasangan Label

 Assalamualaikum..

Proses memasang label di dalam masjid. Terima kasih kepada yang terlibat menyiapkan proses pemasangan label ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan keikhlasan serta masa yang disumbangkan bagi menceriakan lagi MMDS.




Monday, 18 April 2022

Khatam Tadarus Ramadhan

 Assalamualaikum

Pada 18 April 2022, telah berlangsung Majlis Khatam Quran Tadarus Ramadhan di MMDS. Terdapat banyak hikmah melakukan tadarus Al Quran pada bulan Ramadhan ini. Pahala akan berlipat ganda ketika kita melakukan segala macam ibadah dan amalan baik di bulan Ramadhan.






Monday, 11 April 2022

Penyelenggaraan Pintu di MMDS

 Assalamualaikum.

Proses menyelenggara pintu besi di MMDS telah dijalankan pada 11 April 2022. 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan berusaha memastikan MMDS berada dalam keadaan yang baik dan selamat.





Friday, 25 February 2022

Proses Sanitize Masjid

 Assalamualaikum semua, 

Telah berlangsung proses menyahkuman / sanitize di MMDS pada 25 Feb 2022 jam 8.30 pagi, pada hari Jumaat yang mulia. Semoga kita semua terhindar daripada sebarang bahaya dan penyakit berjangkit ini. Semoga Allah melindungi kita semua, amin.

Untuk paparan video proses sanitize, boleh klik pada link ini : Sanitize MMDS

Terima kasih

Saturday, 19 February 2022

Kemudahan TV

 

Proses pemasangan 3 set TV utk MMDS hasil perkongsian kos antara MAIK dengan MMD Salam. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses memasang TV di MMDS. 





Friday, 21 January 2022

Taklimat Kelas Al Quran dan Fardu Ain

 Assalamualaikum,

“Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”. (Surah Al-Maidah, ayat 16)

Aktiviti pembuka tirai tahun 2022 di MMDS.

Telah diadakan taklimat kelas al quran dan fardu ain Masjid Mukim Darul Salam dgn kerjasama Yayasan An Nur Pasir Puteh.































Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...