Tuesday, 4 September 2018

Maintenance




Proses menukar lampu jalan yang baru..terima kasih TNB!

Monday, 4 June 2018

Kelulusan Permohonan Lampu Jalan

Alhamdulillah..

Semakin hari semakin banyak perkembangan positif di MDS..ramai pihak yang membantu menghulurkan bantuan serta sokongan kepada MDS. Pihak MDS telah menerima kelulusan daripada Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh untuk menambah lampu jalan bagi kawasan berdekatan dengan MDS. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Saturday, 2 June 2018

Iftar Ramadhan MDS

Alhamdulillah..

Sempena dengan Nuzul Quran, MDS telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk di Taman Darul Salam, sekaligus mampu mengimarahkan lagi MDS.







Tuesday, 15 May 2018

Pembinaan Diteruskan



Assalamualaikum..

Alhamduillah..dipermudahkan urusan untuk membina dan menyiapkan 1 unit tempat parking motosikal  12ka X 60 ka. Semoga dengan ini dapat memberikan keselesaan kepada jemaah MDS. 




Sumbangan anda amat diperlukan..! Terima kasih di atas sokongan anda selama ini..

Thursday, 15 March 2018

Sumbangan Karpet di Bangunan Tambahan

Alhamdulillah..

MDS menerima sumbangan karpet untuk bangunan tambahan..terima kasih diucapkan kepada penyumbang karpet ini..semoga kebaikan yang diberikan ini mendapat keredhaan Allah..



Monday, 29 January 2018

Pelan Bangunan Tambahan

Bangunan tambahan fasa ke 3 seluas 980 kaki persegi. Ini bagi memberikan keselesaan kpd jemaah di Masjid Darul Salam.

Berikut merupakan pelan bagi bangunan tambahan MDS.









Tuesday, 16 January 2018

Program bersama Timbalan Menteri di JPM

Assalamualaikum sahabat
Sambutan Majlis pengimarahan Masjid Darul Salam bersama Timbalan Menteri di JPM pada 15.01.2018 (lsnin). Teng Q kpd semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tanpa anda...siapalah kami.









Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...