Friday, 29 May 2015

Majlis Tahlil

Assalamualaikum wbt,
Pada 14 Mei 2015, telah diadakan Majlis Tahlil untuk arwah Cikgu Suhaimi Hamad. Alhamdulliah, segala puji bagi Allah, kerana ramai jemaah yang hadir ke Surau Darul Salam untuk Majlis Tahlil ini. 

Semoga roh arwah Cikgu Suhaimi Hamad diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

Al fatihah



Pembinaan Menara Diteruskan


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..proses pembinaan menara berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas sokongan anda semua..Diharapkan...menara ini dapat siap sepenuhnya untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah nanti..








Thursday, 21 May 2015

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?




Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. 
Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah. "Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
  • amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
  • sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
  • pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
  • sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
  • sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
  • sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
  • sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
  • sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
  • sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
  • sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
  • orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
  • pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
  • org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
  • sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
  • Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
  • bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.
  • sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
  • sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
  • sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
  • pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Tuesday, 21 April 2015

Menara Surau

Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.









Monday, 13 April 2015

Pembinaan Diteruskan

Assalamualaikum..

Proses membina tiang menara di Surau Darul Salam berjalan dengan lancar. Tiang menara ini di bina bertujuan untuk meletakkan tangki air, pembesar suara serta kubah masjid.





Saturday, 11 April 2015

Sedekah Itu Kasih Sayang

Assalamualaikum wbt.. 

Surau Darul Salam sedang menaik taraf bangunan untuk memberi kemudahan daƱ keselesaan kpd para jemaah. Sekarang, pihak Surau Darul Salam sedang dalam proses menyiapkan tangki air dan kubah masjid..

Selain drpd itu Surau Darul Salam jg banyak mengadakan aktiviti keagamaan yg melibatkan penduduk2 di sekitarnya. Perayaan2 keagamaan,kelas pengajian Al Quran dan Fardhu Ain. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program yang diadakan di Surau Darul Salam boleh berkunjung ke Surau Darul Salam. InsyaAllah...semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...

Berikut merupakan gambar projek pembinaan terkini di Surau Darul Salam.






Kepada pihak Surau Darul Salam...
"Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus asa melaksanakannya."


Tuesday, 24 March 2015

Kubah Masjid


Alhamdulillah..
Hari ini bermulalah episod baru dalam sejarah Surau Darul Salam..Pembinaan tangki air dan proses membina kubah masjid telah bermula. Semoga dengan adanya penambahbaikan ini dapat menceriakan lagi suasana di Surau Darul Salam.






Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

Kubah merupakan antara unsur seni bina yang selalu digunakan. Ia berbentuk seperti separuh sfera, atau seperti kon yang permukaannya melengkung keluar. Terdapat juga bentuk 'kubah piring' (kerana puncak yang rendah dan dasar yang besar) dan 'kubah bawang' (kerana hampir menyerupai bentuk bawang).

Biasanya kubah akan diletakkan di tempat tertinggi di atas bangunan (sebagai bumbung). Ia diletakkan di atas rangka bangunan petak dengan menggunakan singgah kubah (pendentive).

Kubah boleh dianggap seperti satu gerbang yang diputarkan pada paksi menegaknya. Ini bermakna kubah mempunyai kekuatan struktur yang besar. Sama seperti jambatan gerbang tertekan, kubah boleh diperbuat daripada batu-bata dan konkrit sahaja, bergantung kepada daya tekanan dan geseran. Namun, kubah moden biasanya diperbuat menggunakan aloi aluminium, keluli atau konkrit diperkuat sebagai rangka dan disalut dengan kepingan aluminium, tembaga, polikarbonat ataupun cermin mengikut keperluan.









Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...