Tuesday, 11 November 2014

Ajaibnya Bersedekah

BERSEDEKAH MENYEBABKAN KITA KAYA

Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.


Tuesday, 4 November 2014

Terima Kasih

Assalamualaikum wbt,



Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan Projek Surau Darul Salam, dengan doa, idea, kata2 semangat, masa, tenaga, duit, barangan dan berbagai cara lain. Semoga ALLAH swt gandakan kebaikan, dan semoga warga Taman Darul Salam cemerlang di dunia dan di akhirat.

Wassalam :)

Tuesday, 28 October 2014

Teruskan Sokongan


Alhamdullillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita nyawa untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini…Marilah kita gunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana masa yang berlalu tidak akan  kembali lagi sehinggalah ke hari kiamat.
Riwayat Al –Bukhari dan Muslim yang bermaksud…

“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.

Rasulullah SAW menegaskan kepada kita bahawa amalan yang paling baik ialah yang dikerjakan secara berterusan bukan secara bermusim dan mengikut semangat kita saja. Walau pun sedikit yang kita lakukan, itulah di sukai Allah SWT dan mendapat keredaan Allah SWT.

Semoga amalan baik anda semua akan dibalas 1000 kali ganda kebaikan dari Allah...



Tulisan Jawi

Assalamualaikum wbt..
 
Alhamdulillah, dengan izin Allah, pintu utama Surau Darul Salam hampir sempurna dan proses untuk menyiapkannya masih berjalan dengan lancar. Tulisan Jawi telah dipilih sebagai tulisan untuk pagar utama surau. Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Teruskan sokongan anda semua bagi memastikan Surau Darul Salam dapat memberikan kemudahan yang selesa kepada semua Jemaah yang hadir untuk bersolat di surau ini.




Tuesday, 1 July 2014

Ramadhan Kareem



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang telah anda
semua berikan dalam membantu menyempurnakan rumah Allah ini..
Wassalam


Kebenaran Mengutip Derma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pihak Surau Darul Salam telah mendapat kebenaran bagi melanjutkan tempoh mengutip derma ikhlas daripada anda semua...semoga bantuan anda dapat membantu mempercepatkan proses untuk menyempurnakan pembinaan surau ini...


Friday, 20 June 2014

Kutipan Derma Dilanjutkan

Assalamualaikum..

Proses kutipan derma / sumbangan / wakaf telah dilanjutkan. Kebenaran memungut dan menerima wang khairat utk Surau Darul Salam dari 14 May 2014 sehingga 13 May 2015..

No lesen baru : MAIK.D231/105/2013-7
Bil Kebenaran : 07-2013

Senarai wakil utk menerima khairat tersebut seperti di bawah:







Terima kasih =)

Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...