Tuesday, 8 April 2014

Pemasangan Tingkap dan Pagar Surau

Assalamualaikum..

Proses pembinaan diteruskan lagi dengan kejayaan memasang tingkap dan pagar surau pada 3 April yang lepas. Semoga proses untuk menyiapkan Surau Darul Salam mendapat pertolongan dariNya..

Allaahumma laa sahla illaa maa ja'aitahu sahlaaa wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlaa

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan"





Friday, 21 March 2014

Proses Mengecat Surau

Alhamdulillah..
Pembinaan Surau Darul Salam semakin menampakkan hasil..
Proses mengecat surau sudah bermula..
Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.


Doa memudahkan urusan
Doa memudahkan urusan"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah..



 

Thursday, 27 February 2014

Perkembangan Terbaru..

Assalamualaikum..

Pembinaan Surau Darul Salam berjalan dengan lancar..terima kasih kepada yang telah menderma..namun begitu, pihak kami masih memerlukan sumbangan anda bagi menyiapkan surau sepenuhnya....




Wednesday, 19 February 2014

Pemasangan Bumbung 18 Feb 2014

Alhamdulillah..proses pemasangan bumbung telah bermula dan hampir siap...semoga kerja pembinaan mendapat keredhaan Allah...





MEMBERI SESUATU YANG BAIK MENGHASILKAN KEBAIKAN

 Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya :

"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat, dan satu malaikat berdoa : Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau menyedekahkan) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa : Ya Allah, binasalah harta orang yang bakhil."

(Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.1442)

Sekian..

Monday, 17 February 2014

Pemasangan Safety Tank

Assalamualaikum....

Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua setiap hari..pembinaan surau masih berjalan dengan lancar..terima kasih di atas sokongan anda semua....hari ini, 17 Februari 2014...proses pemasangan safety tank utk Surau Darul Salam dijalankan....






Sunday, 22 December 2013

Pembinaan Capai 70%... Teruskan Meyumbang

Alhamdulillah proses pembinaan Surau Darul Salam telah hampir 70% siap. Pihak AJK Surau merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang ke Tabung Pembinaan Surau Darul Salam. Namun pihak AJK masih mengharapakan bantuan dari tuan/puan bagi memastikan dana yang mencukupi untuk Tabung Surau Darul Salam agar pembinaanya dapat disiapkan dalam masa yang dirancang. Sumbangan tuan/puan boleh di buat ke akaun bank islam yang tertera:


Bank Islam Malaysia Berhad : 03090020677442
Penama : Surau Darul Salam
Kelulusan MAIK : D231/PK/105/2013-7(4)

Sekitar pembinaan Surau Darul Salam:





















Saturday, 9 November 2013

Perkembangan Pembinaan Surau Darul Salam - 9 Nov 2013

Alhamdulillah, proses pembinaan Surau Darul Salam telah berjalan dengan lancar. Kini proses pemasangan kerangka bagi bumbung surau sedang dijalankan. Pihak AJK masih memohon kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang kepada Tabung Pembinaan Surau Darul Salam boleh berbuat demikian terus ke akaun Bank Islam yang tertera. Terima kasih...

Hulurkan Sumbangan Anda: 
Bank Islam Malaysia Berhad : 03090020677442
Penama : Surau Darul Salam












Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...