Saturday 29 April 2023

Bakul Makanan Ramadhan

 Telah disampaikan bantuan bakul ramadhan kepada yang layak. Bantuan berupa makanan ini diharap dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh asnaf yang terkesan akibat COVID-19 yang lepas, terutama menjelang Syawal.




Friday 14 April 2023

Program Khidmat Masyarakat

 Program khidmat masyarakat oleh pelajar UKM dan SMK Tok Janggut telah diadakan di MDS. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan perkarangan MDS. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga UKM. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.








Monday 10 April 2023

Menziarahi Sahabat

 Telah diadakan aktiviti menziarahi pesakit kronik anak mukim MD Salam, Kak Nab dan Dr. Abd Rahim. Amalan ziarah menziarahi adalah satu amalan yang disyariatkan, bahkan sangat digalakkan dalam Islam. Ziarah bukan amalan sempena hari raya sahaja. Amalan ziarah adalah wadah untuk mendekatkan yang jauh dan menambahkan kemesraan bagi yang berada berdekatan.






Saturday 1 April 2023

Majlis Berbuka Puasa

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izinNya, Majlis Berbuka Puasa anjuran MMDS telah diadakan pada 1 April 2023, Sabtu. Terima kasih kepada semua yang membantu menyiapkan juadah untuk berbuka puasa. Semoga Allah membalas segala kebaikan ini. 











Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...