مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا حَجَّ خَمْسِينَ حَجَّةً مَعَ آدم
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Fajar (subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”
مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا حَجَّ خَمْسِينَ حَجَّةً مَعَ آدم
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Fajar (subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”
Agihan Bantuan Awal Persekolahan (MAIK) kepada Penerima bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Dengan pelbagai isu seperti kenaikan harga barangan, ibu bapa diharap dapat menarik sedikit nafas lega.
Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban dan kepada anak-anak yang menerima bantuan, hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat dan cita-cita masing-masing.
Sumbangan beg makanan kpd asnaf jemaah Masjid Darul Salam 24.03.2023 slps solat jumaat. Seramai 20 jemaah terlibat.
Kuliah Maghrib Ambang Ramadhan telah Di sampaikan oleh YBhg. Ustaz Afifi bin Abdul Samed di Masjid Darul Salam. Banyak pengisian dan ceramah agama telah disampaikan oleh beliau untuk menjadikan para jemaah lebih bersemangat dan istiqamah untuk melaksanakan segala amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Darul Salam melaksanaan kuliah. Semoga ia menjadi salah satu dakwah serta menjadi manafaat kepada kita semua, InsyaAllah.
3 Mac 2023 - Program memasak bubur lambuk telah diadakan di Masjid Darul Salam untuk diagihkan kepada jemaah Solat Jumaat.
22 Okto 2023 telah diadakan bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...