Assalamualaikum.
Di Masjid Mukim Darul Salam, kelas pengajian dan pembelajaran ilmu-ilmu agama dilaksanakan selepas menunaikan solat Maghrib. Kuliah ini diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan menjadi rutin di MMDS. Menu untuk jamuan pada malam ini ialah Nasi Dagang. Terima kasih kepada semua yang bekerjasama memeriahkan program ini.
Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.” (Hadith riwayat Muslim, No: 2553, at-Tirmizi, No: 2389, Ahmad, No: 16973).