Sunday 30 May 2021

Sumbangan Utk Palestin


 Imam tua telah menyampaikan sumbangan kepada wakil MAIK. Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban saudara kita di Palestin. Didoakan Allah melindungi mereka semua..amin.





Monday 17 May 2021

Almari untuk fail MMDS



Proses pemasangan almari untuk tujuan penyimpanan fail-fail berkenaan pengurusan MMDS. 
Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu menyiapkan proses pemasangan almari tersebut.




 

Sunday 16 May 2021

Kanopi


Proses pemasangan  kipas dan lampu di kanopi MMDS. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan pemasangan kipas dan lampu di kanopi masjid. 


 

Thursday 13 May 2021

Aidilfitri 2021

 

Alhamdulillah, 1 Syawal sudah menjelma. Seramai 20 orang jemaah sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan solat sunat aidilfitri di MMDS. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan memberikan hidayah kepada kita semua. Semoga COVID-19 hilang dari muka bumi ini. amin......






Saturday 8 May 2021

Sumbangan Ihya Ramadhan 2021

Alhamdulillah...

Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun menjadi penghibur hati orang mukmin. Beribu keutamaan ditawarkan pada bulan ini. Pahala dilipat gandakan, keampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Sumbangan Ihya Ramadhan telah diagihkan kepada ahli kariah MMDS pada 4 dan 5 May 2021. Semoga Allah memberkati usaha para jemaah di MMDS pada setiap waktu. 






















Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...