Thursday 21 May 2020

Kubah

Alhamdulillah..
Kubah utk beranda di MDS baru siap dipasang pada hari ni, 27 Ramadhan 1441.

Kubah merupakan antara unsur seni bina yang selalu digunakan. Ia berbentuk seperti separuh sfera, atau seperti kon yang permukaannya melengkung keluar. Terdapat juga bentuk 'kubah piring' (kerana puncak yang rendah dan dasar yang besar) dan 'kubah bawang' (kerana hampir menyerupai bentuk bawang).

Biasanya kubah akan diletakkan di tempat tertinggi di atas bangunan (sebagai bumbung). Ia diletakkan di atas rangka bangunan petak dengan menggunakan singgah kubah (pendentive).

Kubah boleh dianggap seperti satu gerbang yang diputarkan pada paksi menegaknya. Ini bermakna kubah mempunyai kekuatan struktur yang besar. Sama seperti jambatan gerbang tertekan, kubah boleh diperbuat daripada batu-bata dan konkrit sahaja, bergantung kepada daya tekanan dan geseran. Namun, kubah moden biasanya diperbuat menggunakan aloi aluminium, keluli atau konkrit diperkuat sebagai rangka dan disalut dengan kepingan aluminium, tembaga, polikarbonat ataupun cermin mengikut keperluan. (Sumber wikipedia)





Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...