Wednesday 14 November 2018

Niatlah kerana ALLAH

SYUKUR kepada ALLAH SWT, di musim tengkujuh dan banjir ini, kerjasama antara penduduk Taman Darul Salam dalam mengadakan aktiviti amal dalam menyiapkan landskap di kawasan masjid..

Semoga Allah memberikan rahmat kasih sayangNya kepada kita semua...amin........... 






Saturday 10 November 2018

Ceramah Ust Uwais.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah Program Ceramah dapat diadakan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi sepanjang masa.






Wednesday 7 November 2018

Amal Jariah




Beramal jariah dgn ikhlas membantu pihak pengurusan pembinaan Pondok Di Weng Thailand. Anda boleh sedekahkannya kpd pihak berkenaan slps Maghrib malam ini. Harap Maklum.



Tazkirah oleh Us Muhd Zaidi Daud dari Thailand.

Kpd ahli jemaah yg masih ingin menginfakkan sumbangan amal jariah boleh menyerahkannya kpd pihak berkenaan selps Solat Subuh pagi esok.

Hj Ali, imam Masjid Kg Kue Narathiwat Thailand di MD Salam malam ni. Mohon sumbangan sedekah utk masjid Kg Kue.





Tuesday 6 November 2018

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Abu Suffian


Akhlak murni - Anugerah paling berharga


``Tidak ada satu bangsa, agama atau mana-mana kepercayaan di dunia ini yang menolak akan kepentingan dan perlunya nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia.
``Manusia adalah makhluk yang bermasyarakat dan tidak boleh hidup bersendirian dan terasing. Kewujudan nilai-nilai murni ini dalam setiap individu membuat kehidupan manusia itu lebih bahagia, aman dan sejahtera,''



Aktiviti gotong royong dapat menerapkan nilai murni dalam diri kanak-kanak.

Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...