Tuesday, 31 January 2017

Azan di SDS

Alhamdulillah..

Inilah azan yang berkumandang di SDS..
Sangat merdu dan mendayu-dayu..
Suara azan memanggil penduduk Taman Darul Salam untuk bersama sama mengerjakan solat berjemaah..semoga Allah memberkati usaha murni semua pihak yang terlibat..





Monday, 30 January 2017

Pembinaan Januari 2017

Alhamdulillah..

Segala puji bagi Allah..Hari ini 30 Januari 2017..
Proses pembinaan berjalan lancar..semoga doa dan sokongan anda semua sentiasa bersama SDS..

Sedekah dan amal jariahkan lah sedikit harta kita untuk pembinaan Bangunan Tambahan Masjid Darul salam. Infakkan harta kita sbg bekalan di akhirat dan alam barzah kita nanti.




MIMPI SEORANG GADIS : Untuk Renungan Bersama.


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya.

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaati mu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..
IN SYAA ALLAH."

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....‪
#Tidak‬ berat mana pon hanya baca copy dan paste sahaja :')
BACALAH
         
👉   Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..

Tuesday, 17 January 2017

PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN

Dari Kuliah Dhuha Ust Fawwaz Mat Jan :

+ Tidak Menjaga solat atau solat dgn tidak betul
+ Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah
+ Mengeringkan air di badan dgn pakaian yg di pakai
+ Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
+ Keluar dari masjid selepas solat subuh dgn tergesa-gesa
+ Makan dan minum sebelum mandi wajib
+ Isteri yg SUKA MARAH Suami
+ Suka bertelanjang dalam rumah
+ Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat
+ Suka membuat dosa
+ Terlalu banyak tidur
+ Menggunakan sikat yg rosak
+ Suka duduk di muka pintu
+ Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.

Rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim ...

Sunday, 8 January 2017

Kerja Pembinaan

Alhamdulillah..
Tahun berganti tahun..hari berganti hari..alhamdulillah..proses pembinaan ruangan tambahan di SDS berjalan dengan lancarnya dengan kizin Allah swt.. semoga usaha murni semua ini mendapat keredhaan dariNya..

5 pekerja memulakan kerja hari ini selepas banjir.. Cuaca yang baik memudahkan lagi proses kerja pada hari ini..


Tuesday, 3 January 2017

Rukun Qauli



Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja.s yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati) ,
2. Qauli (diucap dengan lidah).
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat.
Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]

Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

13. Tertib [Qalbi]

Catitan kuliah

Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...