Thursday, 29 December 2016
📚 Tazkirah pendek saja
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka ingatlah, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.
Friday, 23 December 2016
ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...
Jgn jemu untuk saling mengingatkan
Friday, 16 December 2016
KENALI SIAPA YDP AGUNG BARU KITA. -Sultan Muhammad V.
Baginda menjunjung Tinggi Agama Islam
Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V ialah seorang raja yang menjunjung tinggi agama Islam dengan menitik beratkan pematuhan ajaran Islam di dalam pentadbiran negeri dan dalam kehidupan baginda, selain daripada memuliakan ilmuan agama.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata baginda sering merujuk kepada beliau mengenai perkara-perkara yang berkaitan hukum-hakam Islam.
“Sebagai contoh dalam hal berkaitan undang-undang hiburan di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam. Sebarang pertunjukan, permainan, hiburan tidak boleh diadakan pada malam Jumaat.
“Tapi jika masyarakat Cina nak adakan (hiburan) pada malam Jumaat, maka mereka akan memohon kepada Sultan Muhammad V dan baginda tidak terus memberi kebenaran melainkan sesudah mendapat pandangan daripada Jabatan Mufti,” katanya dalam temu bual bersama Bernama dan Bernama News Channel (BNC) di pejabatnya di Balai Islam Lundang di sini.
Selain itu, Mohamad Shukri berkata Sultan Muhammad V turut memuliakan golongan ilmuan agama seperti mudir dan pengetua sekolah pondok dengan memberi mereka darjah kebesaran dan pingat pada setiap kali sambutan hari keputeraan baginda.
“Malah, ketika ada kelapangan, baginda kadang-kadang akan mengadakan santapan tengah hari di pondok-pondok agama (bagi mendekatkan diri dengan golongan cerdik pandai agama), dan saya melihat, sepanjang saya menjadi mufti, tidak ada satu (perkara) yang apabila diberi pandangan, tidak diterima baginda,” katanya.
Ditanya mengenai keperibadian Sultan Muhammad V, Mohamad Shukri berkata beliau mula mengenali Sultan Kelantan itu sejak baginda berusia 17 tahun lagi.
“Sebagaimana umum mengetahui, usrah Diraja Kelantan memang gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam, justeru baginda akan mengadakan kelas agama sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di Istana Negeri di Kubang Kerian di sini.
Selain menjemput beberapa penceramah seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Mohd Noor Ibrahim, Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob dan saya sendiri, baginda akan memastikan setiap kakitangan di istana untuk turut serta dalam majlis ilmu berkenaan yang sering kali berakhir dengan jamuan ringan selepas solat Isyak,” katanya.
Beliau berkata dari segi keilmuan pula, Sultan Muhammad V menjemput seorang guru al-Quran khas untuk menemani baginda di sepanjang perjalanannya termasuk ketika berkunjung ke Eropah bagi memastikan baginda tidak terlepas untuk solat berjemaah.
“Baginda juga sering mengajak saya untuk menunaikan umrah terutama pada 10 hari terakhir Ramadan dan acap kali baginda menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.
Baginda turut menghantar sekumpulan lima hingga enam rakyatnya untuk menunaikan haji pada setiap tahun dengan pembiayaan baginda sendiri, malah turut membina Masjid Al-Ismaili di Pasir Pekan, Tumpat dan diwakafkan untuk ayahandanya Sultan Ismail Petra,” katanya.
Beliau berkata adalah menjadi kebiasaan Sultan Muhammad V berangkat menghadiri program berbuka puasa dan solat tarawih bersama rakyat di serata negeri.
“Baginda juga pakar dalam penyembelihan lembu korban dan akan menyembelih sendiri lembu korban apabila tibanya Hari Raya Aidiladha, malah turut mengagihkan lembu-lembu korban ke beberapa kawasan di negeri ini sebagai sedekah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata Sultan Muhammad V juga sangat mengambil berat terhadap setiap undang-undang Islam yang digubal di Kelantan.
Bercakap kepada Bernama dan BNC dalam satu temu bual di pejabatnya di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Bharu di Tunjong di sini, Daud berkata baginda pernah bertitah setiap undang-undang yang ingin dilaksanakan di Mahkamah Syariah ini perlu dibentangkan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terlebih dahulu.
Setelah mendapat kelulusan daripada agensi itu, baharulah dibentangkan kepada kerajaan negeri dan seterusnya rang undang-undang itu dibentang, dibahas dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Daud berkata Sultan Muhammad juga sangat mengambil berat mengenai sebarang kekurangan dalam menguatkuasakan Undang-undang Syariah di Kelantan.
“Baginda sering bertanya sama ada kedudukan mahkamah sempurna atau masih ada lagi kekurangan, begitu juga pegawai-pegawai, hakim-hakim yang bertugas di Mahkamah Syariah masih mencukupi atau tidak.
Baginda memang sangat mengambil berat. Setiap kali saya menghadap baginda, memang perkara utama yang diminta penjelasan adalah perjalanan di Mahkamah Syariah. Baginda juga sangat berminat dalam hal-hal berkaitan agama,” katanya.
- BERNAMA
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/sultan-muhammad-v-junjung-tinggi-agama-islam/
Thursday, 15 December 2016
Aktiviti Fardhu Ain dan Bestari Solat MD Salam 14-15.12.2016
Alhamdulillah. Program tersebut berjaya di laksanakan mengikut penjadualan.
TK kpd mereka yg terlibat se cara langsung dan tak langsung.
Kalau ada apa2 kesilapan dan kekurangan, mohon maaf dihulurkan.
Insya Allah pada 2017 kalau berkesempatan akan di laksanakan pula.
34cx
Monday, 12 December 2016
Friday, 9 December 2016
Program SMART SOLAT
Assalammualaikum
Kpda muslimin dan muslimat
Addin islamic class dgn kerjasama masjid darul salam akan mengadakan kem pemantapan fardu ain secara percuma...
Antara objektifnya:
✅Fokus dlam akidah, akhlak dan solat
✅Kesedaran diri dlam mnjdi anak yg soleh solehah
✅melatih bacaan n praktikal solat..
☑untuk 7 tahun hingga 12 tahun shaja
Tarikh:14/12/2016 hingga 15/12/2016
Hari:rabu hingga khamis
Tempat: masjid darul salam (blakang smk tok janggut)
Masa: 8:30 pgi hngga 12:00tnghri
Jom sertai......
Terhad.....Program SMART SOLAT anjuran Masjid Darul Salam 2016. Tarikh: 14-15 Dis 2016. Masa: 8.30 pg-12.00 pg. Peserta berumur: 7thn-12 thn. Tempat Percuma. Sila daftar dgn segera.
Kpda muslimin dan muslimat
Addin islamic class dgn kerjasama masjid darul salam akan mengadakan kem pemantapan fardu ain secara percuma...
Antara objektifnya:
✅Fokus dlam akidah, akhlak dan solat
✅Kesedaran diri dlam mnjdi anak yg soleh solehah
✅melatih bacaan n praktikal solat..
☑untuk 7 tahun hingga 12 tahun shaja
Tarikh:14/12/2016 hingga 15/12/2016
Hari:rabu hingga khamis
Tempat: masjid darul salam (blakang smk tok janggut)
Masa: 8:30 pgi hngga 12:00tnghri
Jom sertai......
Terhad.....Program SMART SOLAT anjuran Masjid Darul Salam 2016. Tarikh: 14-15 Dis 2016. Masa: 8.30 pg-12.00 pg. Peserta berumur: 7thn-12 thn. Tempat Percuma. Sila daftar dgn segera.
Tirai 2016
Terima kasih kepada anda semua di atas sokongan dan dorongan terhadap Surau Darul Salam..Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan..
Buat Renungan Bersama
Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.
😔 Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...
😟 Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.
😣 Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.
😷 Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.
😠Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
🔴 Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NANTI KITALAH EMAK/AYAH
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.
😔 Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...
😟 Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.
😣 Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.
😷 Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.
😠Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
🔴 Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NANTI KITALAH EMAK/AYAH
Saturday, 3 December 2016
Pembinaan Diteruskan
Semoga Allah mempemudahkan segala urusan pembinaan rumah Allah ini..semoga Allah melindungi dan mempermudahkan apa yang sedang kita usahakan dan semoga mendapat keredhaanNya amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sambutan Maulidur Rasul 2024
22 Okto 2023 telah diadakan bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...
-
Tujuh amalan yang membuatkan pahala terus mengalir Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan paha...
-
Beramal jariah dgn ikhlas membantu pihak pengurusan pembinaan Pondok Di Weng Thailand. Anda boleh sedekahkannya kpd pihak berkenaan s...
-
Semoga dipermudahkan segala urusan pembinaan dataran kejat di Masjid Darul Salam. Diharap kemudahan ini akan menambahkan keselesaan para jem...