Wednesday 30 November 2016

Memohon Sumbangan


Assalamualaikum
Saudara Saudari yang budiman dan dirahmati Allah..

Pihak Surau Darul Salam amat berbesar hati dengan sumbangan bagi menyiapkan bangunan tambahan surau. Terima kasih di ucapkan kepada semua yang telah  menyumbang.






Thursday 24 November 2016

Update Pembinaan SDS


Surat Al Insyirah merupakan Surat dalam Al Qur’an yang sangat baik untuk diamalkan. Terlebih surat ini tidak terlalu panjang serta mudah dihafal oleh sahabat semua Untuk sahabat yang mengamalkan atau membaca surat Al Insyirah bukan hanya mendapat pahala, juga mendapatkan manfaat yang sangat luar biasa. Surat Al Insyirah mempunyai keutamaan begitu banyak, salah satunya untuk kehidupan sahabat semua menjadi lebih baik


SURAH AL-INSYIRAH AYAT (1-8)

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).




Rapatkan Ukhwah


Assalamualaikum..
Majlis santai selepas selesai solat isyak di SDS. Makan meehun goreng beramai ramai...




Monday 14 November 2016

Semoga Dipermudahkan Urusan Pembinaan Surau

Assalamualaikum..

Pihak Surau Darul Salam sedang dalam proses membesarkan ruangan masjid bagi menambahkan keselesaan para jemaah. Sumbangan dialu-alukan untuk membaikpulih ruangan masjid. Masjid amat memerlukan sumbangan dari tuan puan. Sumbangan boleh di masukkan ke :

Bank Islam Malaysia Berhad : 03090020677442
Penama : Surau Darul Salam

Marilah kita bersama-sama beramal jariah dalam pembinaan bangunan tambahan Masjid Darul Salam. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan pembinaan. Dan menggerakkan lebih ramai jemaah SDS. Mengikhlaskan lebih ramai penyumbang sumber termasuk kewangan dn tenaga..

Amin.












Monday 7 November 2016

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Image result for Selamat Menduduki peperiksaan SPM

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM diucapkan kepada semua anak2/saudara mara ahli  group ini yg akan berjuang mulai esok 7.11.2016.

"Ya Allah, mudahkan urusan anak2 ini pd esok hari dan hari2 seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan yg baik yg berterusan, selamatkan perjlnan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi diri mereka dr halangan dan rintangan.
Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yg mereka lupa dan bantu mereka utk menjawab soalan dgn tepat dan betul.
Ya Allah..tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan mu semata2. Terimalah dan makbulkanlah doa kami."

 Aamiin, aamiin amiin ya Rabbal 'alamiin.
💕💞💖💞💕

Saturday 5 November 2016

Majlis Ta'lim dan Solat Hajat Pembinaan Surau Darul Salam


Pengumuman dari Cikgu Shari melalaui Whatsapp SDS:

Assalamualaikum wbt...

Tuan Puan di jemput ke Majlis solat Hajat sempena pembinaan bangunan tambahan MD Salam jam 9.00 pg 5 November di MDS.

8.00 pg:  sarapan
8.30 pg:  solat sunat duha
9.00 pg:  solat hajat.

Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan anda. TK.

Apa itu Majlis Ta'lim

Istilah majlis ta'lim tersusun dari gabungan dua kata : majlis yang bererti (tempat) dan taklim yang bererti (pengajaran) Jadi, majlis ta'lim bererti tempat pengajaran atau pengajian bagi orang-orang yang ingin mendalami ajaran-ajaran islam sebagai  dakwah dan pengajaran agama.

Majlis ta'lim adalah salah satu lembaga pendidikan bukan formal yang bertujuan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan akhlak mulia bagi jemaahnya, serta mewujudkan rahmat bagi alam semesta.















Friday 4 November 2016

Solat Hajat di Surau Darul Salam

Assalamualaikum wbt..

Tuan Puan yg di Rahmati Allah,

Anda di jemput ke Majlis Solat Hajat se lps solat Maghrib mlm ni (4 Nov 2016) di MD Salam.

Semoga semua dpt ambil bahagian, TK.




Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...