Thursday 13 October 2016

Majlis Solat Hajat

Assalamualaikum..

Jemputan ke majlis solat hajat pada hari ini selepas solat maghrib,semua para sahabat dijemput hadir ke masjid darul salam. Antara menu yang disediakan pada malam ini ialah...Pulut duyen, pulut ike rebus goreng,pulut kaya,meehoon goreng,air kotak,dokong..

Semoga dengan kehadiran anda semua dapat mengimarahkan lagi masjid..

Monday 10 October 2016

Mari Mengimarahkan Masjid

Assalamualaikum

Alhamdulillah..semakin hari semakin ceria Surau Darul Salam..semoga keceriaan ini akan berpanjangan dan diberkati Allah..Semoga usahasemua penduduk Taman Darul Salam untuk menggerakkan dan mengimarahkan masjid ini mendapat keredhaan Allah..Dengan itu, marilah kita sama sama jadikan masjid sebagai pusat aktiviti ummah dengan mengimarah sesebuah masjid dengan pelbagai aktiviti dan ini akan menjadi penentu kecemerlangan masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis di Surau Darul Salam. Pada 10 Oktober yang lepas telah diadakan jamuan makan selepas solat isyak...alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama semua..antara menu yang berjaya disediakan adalah ayam goreng tandoori, ubi stelo, sawi, tene and kobis, ikan gelama hitam goreng, ubi stelo kluduk siro, budu serai lada burung, kacang botol yang ditanam di tepi pagar masjid serta teh o panas. "Nyakut molek"..

Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan sillaturrahim antara para jemaah di Surau Darul Salam..

Usaha menimarahkan masjid adalah tanggungjawab kita!

Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...