Friday, 29 May 2015

Ramadhan Yang Dinanti

Assalamualaikum
Akhirnya, bulan yang paling ditunggu semakin hampir tiba.
Ramadan adalah bulan istimewa bagi umat Islam yang beriman di seluruh penjuru dunia. Di bulan suci ini, nilai ibadah diganjar seribu kali lipat dibandingkan dengan 11 bulan lainnya. Kedatangan bulan Ramadan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini.

“Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah, berpuasa, dan shalat di kala kebanyakan manusia tidur.” (HR.At-Tirmidzi)



Majlis Tahlil

Assalamualaikum wbt,
Pada 14 Mei 2015, telah diadakan Majlis Tahlil untuk arwah Cikgu Suhaimi Hamad. Alhamdulliah, segala puji bagi Allah, kerana ramai jemaah yang hadir ke Surau Darul Salam untuk Majlis Tahlil ini. 

Semoga roh arwah Cikgu Suhaimi Hamad diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

Al fatihah



Pembinaan Menara Diteruskan


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..proses pembinaan menara berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas sokongan anda semua..Diharapkan...menara ini dapat siap sepenuhnya untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah nanti..








Thursday, 21 May 2015

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?




Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. 
Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah. "Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
  • amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
  • sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
  • pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
  • sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
  • sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
  • sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
  • sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
  • sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
  • sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
  • sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
  • orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
  • pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
  • org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
  • sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
  • Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
  • bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.
  • sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
  • sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
  • sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
  • pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...