Assalamualaikum..
Seperti kebiasaannya apabila tibanya 10 Muharram, otomatik kita teringat akan hari Asyura….Sudah menjadi adat hari2 selepas 10 Muharram, masyarakat disini sibuk mengatur acara untuk bergotong royong memasak bubur asyura. Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak bubur asyura'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.
Kisah bubur asyura di dalam kitab...
Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".