Thursday 31 October 2013

Perkembangan Terkini Pembinaan Surau Darul Salam

Alhamdulillah. Surau Darul Salam kini telah hampir 60% siap.. Pembinaan kini dijalankan bagi menyiapkan bahagian bumbung surau. Pihak AJK Surau masih mengalu - alukan sumbangan dari orang ramai untuk mengisi Tabung Pembinaan Surau Darul Salam... Sumbangan boleh di buat melalui akaun Bank Islam yang tertera. Terima kasih.






Saturday 19 October 2013

Program Makan Lakso Sambil Menderma

Pada 05 Oktober 2013, satu Majlis Makan Lakso Sambil Menderma telah di adakan di perkarangan tapak pembinaan Surau Darul Salam. Majlis yang dianjurkan oleh AJK Surau Darul Salam ini bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli kariah dalam masa yang sama mengutip sumbangan untuk mengisi tabung pembinaan surau. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 6.00 petang mendapat sambutan yang menggalakan dari ahli kariah dan juga para dermawan. Pihak AJK Surau Darul Salam merakamkan setinggi penghargaan buat semua yang telah memeriahkan majlis ini. Kepada yang telah menderma, semoga segala sumbangan tuan/puan menjadi saham yang berharga di akhirat nanti.

Kepada yang masih berminat untuk menderma bolehlah menghubungi mana - mana AJK surau atau terus ke akaun Bank Islam yang tertera. Terima kasih











Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...