Tuesday, 4 June 2013

Proses Pembinaan pada 3 Jun 2013


Dari Haritsa bin Wahab: Aku mendengar Rasulullah berkata, “Keluarkanlah sedekah sebab akan datang suatu masa dalam hidup manusia dimana ketika seseorang keluar dengan sedekahnya dari satu tempat ke tempat lain tetapi ia tidak menemukan seorang pun untuk menerimanya.”

Marilah kita bersama-sama bersedekah menuju jalan Illahi








Kelebihan Menderma


1. Umur panjang 


2. Berjaya dan selamat daripada azab Allah SWT 



3. Selamat daripada api neraka (walaupun sedekahnya sebesar buah tamar) 



4. Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah kepada orang yang berbelanja hartanya akan gantian 



5. Hampir dengan Allah SWT dan Syurganya 



6. Jaga keselamatan harta 



7. Dosa diampuni 



8. Menyuci harta dan badan 



9. Menolak bala 



10.Dapat mengembirakan orang-orang miskin 



11.Harta jadi berkat 



12.Bayangan berteduh daripada panas hari kiamat dan meringankannya 



13.Memberatkan timbangan kebajikan 



14.Menjadi nur cahaya di atas titian sirat 



15.Meninggikan darjat disyurga 



16.Tanda ikut Rasulullah SAW. para sahabat dan ulama salaf yang soleh 



17.Menolak 70 pintu kejahatan 



18.Menghapuskan kesalahan 



19.Boleh minum di kolam Nabi SAW 



20.Dapat tempat orang-orang pilihan Allah SWT 




nota: bukan nilai barangan sedekah yang jadi ukuran tetapi keikhlasan hati yang menjadi penentuan 

Jalan Illahi



Semoga dipermudahkan proses pembinaan Surau Darul Salam..Semoga Allah memberkati usaha murni kita untuk membina surau ini dengan sempurna...



Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;

1.  Orang alim yang mengamalkan ilmunya. 

2.  Seorang haji yang sewaktu  menunaikan haji  tidak  melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.

3.  Orang yang mati syahid di dalam peperangan. 

4.  Dermawan yang mengusahakan harta  yang halal dan membelanjakannya di jalan ALLAH tanpa riak. 

Monday, 3 June 2013

Pembinaan Bermula

Assalamualaikum...

Pada 1 Jun 2013, pembinaan Surau Darul Salam dimulakan..
Berikut merupakan gambar semasa 1 Jun yang lepas..













Namun begitu.. kami tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menyiapkan Surau Darul Salam ini lagi dan masih bertungkus lumus untuk mengumpul derma daripada semua pihak..Semoga senantiasa dipermudahkan oleh Allah kepada kami untuk menguruskan Surau Darul Salam kami ini. Kami menyeru bantuan dari sahabat pembaca sekalian...ada yang nak tunaikan zakat.. hulur2kanlah.. bersihkan harta kita dengan berzakat pada masa yang sama membuat amal jariah untuk menyempurnakan surau kami..

Wallahu Al’lam..

Terima kasih semua

Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...