Sunday 22 October 2023

Sambutan Maulidur Rasul 2024


22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd Faizol  & ada Cabutan bertuah serta jamuan makan sikit lepas isyak. 







 












Friday 16 June 2023

Program Pengisytiharan Naik Taraf


Assalamualaikum.

Telah berlangsung majlis pengisytiharan naik taraf ke Masjid Mukim Besar MDS. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Disertakan link video live sepanjang program.

https://fb.watch/lbOBNW4vcZ/?mibextid=RUbZ1f














Thursday 25 May 2023

Membaiki Atap Ruang Fardhu Ain

 Proses membaik pulih atap masjid bahagian kelas fardhu ain. Alhamdulillah syukur, semoga Allah membalas segala usaha kita di dunia dan di akhirat. Allah SWT menjelaskan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh manusia akan dinilai di sisi-Nya. Sama ada ia kecil mahupun besar, penilaian daripada Allah SWT adalah yang paling adil untuk manusia.








 

Saturday 29 April 2023

Bakul Makanan Ramadhan

 Telah disampaikan bantuan bakul ramadhan kepada yang layak. Bantuan berupa makanan ini diharap dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh asnaf yang terkesan akibat COVID-19 yang lepas, terutama menjelang Syawal.




Friday 14 April 2023

Program Khidmat Masyarakat

 Program khidmat masyarakat oleh pelajar UKM dan SMK Tok Janggut telah diadakan di MDS. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan perkarangan MDS. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga UKM. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.








Monday 10 April 2023

Menziarahi Sahabat

 Telah diadakan aktiviti menziarahi pesakit kronik anak mukim MD Salam, Kak Nab dan Dr. Abd Rahim. Amalan ziarah menziarahi adalah satu amalan yang disyariatkan, bahkan sangat digalakkan dalam Islam. Ziarah bukan amalan sempena hari raya sahaja. Amalan ziarah adalah wadah untuk mendekatkan yang jauh dan menambahkan kemesraan bagi yang berada berdekatan.






Sambutan Maulidur Rasul 2024

22 Okto 2023 telah diadakan  bual bicara selepas maghrib. Berkaitan "Kelahiran Rasullullah sebagai Qudwatuna" oleh Ustaz Hj Mohd F...